Demo Blog

INILAH 1 MALAYSIA

INILAH 1 MALAYSIA

POLIS RAJA DI MALAYSIA

POLIS RAJA DI MALAYSIA

mampus umnoapco

mampus umnoapco

by sangklibot on Nov.22, 2009, under

KEDAH GOYAH KATA kUTUSyaitAN...TAPI APA KATA MEREKA ?


Utusan dah benar-benar meracau..propaganda umno untuk haru birukan pemerintahan pr kedah..isu bubar dun Kedah dah selesai, tapi Utusan masih lagi mainkan isu..tajuk besar pula...inilah media sampah dan penyebar fitnah rakyat..kesian pada 4 Adun yang dilaporkan melompat, mereka dikacau oleh media..dan mungkin dari Utusan yang menjadi pencacai umno..kesian.

- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Lim Soo Nee melahirkan rasa tidak puas hati terhadap media bagaimana dia dikejutkan dengan panggilan telefon oleh seorang yang mendakwa wartawan pada jam 1 pagi hanya untuk mengesahkan sama ada dia telah meninggalkan PKR.

"Ini gila, saya telah berkali-kali menjelaskannya tetapi wartawan itu terus bertanya," katanya semasa berceramah di Kota Sarang Semut.

"Saya bukan 'katak' tetapi isu ini sudah berlanjutan, kita ada banyak kerja untuk dibuat, jadi tolong jangan telefon saya mengenai perkara itu lagi," kata Lim sambil menjeling ke arah wartawan yang membuat liputan itu.
- ADUN Sidam, Tan Show Kang berkata :

"Sorry-lah … jika ada media yang telefon dan tanya sama ada saya akan lompat, saya akan letak telefon," kata Tan yang diberi peluang pertama menyatakan pendiriannya.

"Jika anda tanya benda yang sama berulang kali, orang tak mahu dengar-lah, sama seperti pecah rekod, berapa kali perlu saya cakap yang saya tak akan lompat?" katanya.

"Jika ia lagu yang sedap, saya tidak keberatan untuk dengar (berulang kali), tetapi ini adalah soalan bodoh. "Saya penat dan bosan kerana terpaksa menjawab soalan yang sama berkali-kali. Biar ia dihentikan malam ini," katanya
- Adun DAP-Kota Darul Aman, Lee Guan Aik membidas media yang disifatkan sengaja mengembar-gemburkan isu lompat parti untuk dijadikan bahan berita.
"Di media Cina, kita diberi gred - 1, 2 atau 3 – dan ini menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan kita akan melompat atau berpaling tadah, tetapi nasib baik saya hanya diberi Gred 1 sahaja," katanya dengan sinis

- ADUN Bukit Selambau, S.Manikumar berkata kenyataannya sering-kali diputar oleh media bagi memperlihatkan kononnya beliau tidak berpuas hati dengan PKR dan pucuk pimpinan kerajaan negeri Kedah.

"Bila saya ditanya sama ada saya akan lompat, saya kata jika ia berlaku, perkara berkenaan perlu dianalisis dengan teliti, ia mungkin masalah ADUN itu sendiri, masalah dengan pemimpin atau kerajaan negeri, tetapi kata-kata saya diputar," katanya.

"Saya bukan gila publisiti, saya selalu bincang dalam keadan tertutup, kita mesti bertolak ansur kerana rakyat menyokong saya semasa pilihan raya supaya saya menjadi wakil mereka, tetapi media ingin menjual suarat khabar, jadi Manikumar ingin letak jawatan dijadikan berita," katanya.
Semua mereka melahirkan rasa "tertekan" kerana menerima jumlah panggilan telefon yang tidak berhenti-henti daripada wartawan, penyokong, sahabat dan juga ahli parti untuk mengetaui sama ada dewan undangan negeri Kedah akan dibubarkan.

Nah utusan..ramai ADUN tak puas hati tindakan anda..bahkan...
- Pengerusi PKR negeri, Ahmad Kassim memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat dakwaan mengenai ADUN parti itu bertindak keluar parti.
"Jika mereka buat dakwaan, nyatakan nama ADUN yang akan keluar parti supaya kita boleh saman mereka RM10 juta kerana membuat fitnah," katanya.
Menurutnya, sudah sampai masanya tindakan undang-undang diambil memandangkan isu itu semakin menjadi-jadi sehingga beliau bersama para pemimpin lain dihubungi tidak henti-henti sejak ia mula timbul.

- Dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut memberi amaran kepada para pemimpin BN agar tidak bertindak keterlaluan dalam soal keluar parti atau berdepan dengan pendedahan mengenai kepincangan yang didakwa dilakukan semasa kerajaan BN dahulu.

"Jangan bagi Ustaz Azizan kembali ke perangai lama (dengan membuat pendedahan tindak tanduk pemimpin BN)," katanya.
Dah la Utusan..jadilah akhbar yang bebas..janganlah semakkan mata rakyat Malaysia yang tengok akhbar stupid ni tak laku di kedai surat khabar atau 7 eleven..malulah sikit..

0 comments more...

0 comments

Post a Comment

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

UNIT EHSAN MALAYSIA

UNIT EHSAN MALAYSIA

Pages