INILAH 1 MALAYSIA
POLIS RAJA DI MALAYSIA
mampus umnoapco
by sangklibot on Nov.22, 2009, under
KEDAH GOYAH KATA kUTUSyaitAN...TAPI APA KATA MEREKA ?




Utusan dah benar-benar meracau..propaganda umno untuk haru birukan pemerintahan pr kedah..isu bubar dun Kedah dah selesai, tapi Utusan masih lagi mainkan isu..tajuk besar pula...inilah media sampah dan penyebar fitnah rakyat..kesian pada 4 Adun yang dilaporkan melompat, mereka dikacau oleh media..dan mungkin dari Utusan yang menjadi pencacai umno..kesian.
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Lim Soo Nee melahirkan rasa tidak puas hati terhadap media bagaimana dia dikejutkan dengan panggilan telefon oleh seorang yang mendakwa wartawan pada jam 1 pagi hanya untuk mengesahkan sama ada dia telah meninggalkan PKR.

"Ini gila, saya telah berkali-kali menjelaskannya tetapi wartawan itu terus bertanya," katanya semasa berceramah di Kota Sarang Semut.
"Saya bukan 'katak' tetapi isu ini sudah berlanjutan, kita ada banyak kerja untuk dibuat, jadi tolong jangan telefon saya mengenai perkara itu lagi," kata Lim sambil menjeling ke arah wartawan yang membuat liputan itu.
- ADUN Sidam, Tan Show Kang berkata :

"Sorry-lah … jika ada media yang telefon dan tanya sama ada saya akan lompat, saya akan letak telefon," kata Tan yang diberi peluang pertama menyatakan pendiriannya.
"Jika anda tanya benda yang sama berulang kali, orang tak mahu dengar-lah, sama seperti pecah rekod, berapa kali perlu saya cakap yang saya tak akan lompat?" katanya.
"Jika ia lagu yang sedap, saya tidak keberatan untuk dengar (berulang kali), tetapi ini adalah soalan bodoh. "Saya penat dan bosan kerana terpaksa menjawab soalan yang sama berkali-kali. Biar ia dihentikan malam ini," katanya

- Adun DAP-Kota Darul Aman, Lee Guan Aik membidas media yang disifatkan sengaja mengembar-gemburkan isu lompat parti untuk dijadikan bahan berita.
"Di media Cina, kita diberi gred - 1, 2 atau 3 – dan ini menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan kita akan melompat atau berpaling tadah, tetapi nasib baik saya hanya diberi Gred 1 sahaja," katanya dengan sinis
- ADUN Bukit Selambau, S.Manikumar berkata kenyataannya sering-kali diputar oleh media bagi memperlihatkan kononnya beliau tidak berpuas hati dengan PKR dan pucuk pimpinan kerajaan negeri Kedah.

"Bila saya ditanya sama ada saya akan lompat, saya kata jika ia berlaku, perkara berkenaan perlu dianalisis dengan teliti, ia mungkin masalah ADUN itu sendiri, masalah dengan pemimpin atau kerajaan negeri, tetapi kata-kata saya diputar," katanya.
"Saya bukan gila publisiti, saya selalu bincang dalam keadan tertutup, kita mesti bertolak ansur kerana rakyat menyokong saya semasa pilihan raya supaya saya menjadi wakil mereka, tetapi media ingin menjual suarat khabar, jadi Manikumar ingin letak jawatan dijadikan berita," katanya.
Semua mereka melahirkan rasa "tertekan" kerana menerima jumlah panggilan telefon yang tidak berhenti-henti daripada wartawan, penyokong, sahabat dan juga ahli parti untuk mengetaui sama ada dewan undangan negeri Kedah akan dibubarkan.
Nah utusan..ramai ADUN tak puas hati tindakan anda..bahkan...
- Pengerusi PKR negeri, Ahmad Kassim memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat dakwaan mengenai ADUN parti itu bertindak keluar parti.
"Jika mereka buat dakwaan, nyatakan nama ADUN yang akan keluar parti supaya kita boleh saman mereka RM10 juta kerana membuat fitnah," katanya.
Menurutnya, sudah sampai masanya tindakan undang-undang diambil memandangkan isu itu semakin menjadi-jadi sehingga beliau bersama para pemimpin lain dihubungi tidak henti-henti sejak ia mula timbul.

- Dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut memberi amaran kepada para pemimpin BN agar tidak bertindak keterlaluan dalam soal keluar parti atau berdepan dengan pendedahan mengenai kepincangan yang didakwa dilakukan semasa kerajaan BN dahulu.
"Jangan bagi Ustaz Azizan kembali ke perangai lama (dengan membuat pendedahan tindak tanduk pemimpin BN)," katanya.
Dah la Utusan..jadilah akhbar yang bebas..janganlah semakkan mata rakyat Malaysia yang tengok akhbar stupid ni tak laku di kedai surat khabar atau 7 eleven..malulah sikit..
ANAK SAMY KATA UMNO GUNTING DALAM LIPATAN
by sangklibot on Nov.22, 2009, under

Samy hantar anaknya bidas umno..kata umno dalang kepada semua konflik yang berlaku dalam mic kini..oowh dah jumpa rupanya mic, siapa gunting dalam lipatan..
Dan MIC perlu insaf dan sedar, umno pakar dalamn jatuh menjatuh (cah keting). Lihatlah yang berlaku pada Pak Lah dan Tunku Abdul Rahman, dijatuhkan oleh pemimpin umno secara hina..kalau tuduhan umno
Anak Samy tuduh UMNO punca masalah dan menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan MIC, ia satu tuduhan yang dahsyat dan lambang kebencian MIC pada UMNO..dan mungkin lepas ni, ada keluar kenyataan bodoh pemimpin umno yang menghentam balik MIC
Anak Samy tuduh UMNO punca masalah
KUALA LUMPUR 24 Mei - S. Vell Paari yang merupakandan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
Sambil merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya.
''Adalah sesuatu yang berbahaya jika 'orang luar' terlibat (dalam urusan parti komponen). Lupakan dahulu bahawa bapa saya adalah Presiden MIC dan lihat isu ini dari perspektif demokrasi. Beliau dipilih oleh ketua-ketua bahagian.
''Jadi, apabila ada pemimpin yang tidak setuju dengan kuasa yang diberikan itu, adakah mereka menggunakan 'pembunuh politik' untuk menjatuhkan beliau?
''Apabila anda tidak gembira (dengan keadaan itu) anda gunakan orang dalam parti untuk melakukan perkara itu. Ia melemahkan asas demokrasi dan semangat BN serta keputusan ahli-ahli parti berhubung pemimpin yang mereka pilih,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today di sini hari ini.
Pada minggu lepas, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan menubuhkan GAS yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini selepas dipecat daripada parti berikutan desakannya supaya Samy Vellu segera berundur.
Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan.
Vell Paari turut mempersoalkan adakah benar tindakan masyarakat Cina dan India tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu disebabkan kepimpinan MIC dan MCA.
''Ia tiada kena-mengena dengan soal kepimpinan dua parti ini (MIC dan MCA). Ketidaksamarataan yang berlaku hari ini merupakan penyebab kepada perkara itu,'' katanya.
Dengan menggunakan metafora BN sebagai sebuah bas, Vell Paari berkata, parti-parti komponen hanya penumpang dalam bas yang dipandu oleh UMNO itu.
''Parti-parti komponen hanya penumpang. Bas itu dipandu oleh UMNO,'' katanya yang membayangkan tindak-tanduk dan polisi UMNO menjadi punca masalah berkenaan.
Beliau turut mendakwa antara sebab utama BN kehilangan undi kaum India pada pilihan raya umum lepas adalah berikutan tindakan meruntuh kuil, isu menarik kembali lesen pengedar besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf.
Menurutnya, semua perkara itu bukan dilakukan oleh bapanya, namun Presiden MIC tersebut dipersalahkan atas kehilangan sokongan kaum India untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.
Beliau menyeru semua ahli MIC dan masyarakat India supaya 'membuka mata' mereka terhadap perkara berkenaan kerana jika dibiarkan pada masa hadapan pemimpin parti-parti komponen akan menjadi 'kad menu' UMNO yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya.
Dalam pada itu beliau memberitahu, Timbalan Presiden, G. Palanivel akan mengambil alih jawatan presiden daripada Samy Vellu apabila bapanya meletak jawatan nanti.
Isu roboh kuil, tarik kembali lesen pengedar besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf yang dilakukan umno, menjadi punca parti mereka kalah dalam pru 12 lalu. Yang mana MIC hanya berjaya kekalkan 3 kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)daripada 9 kerusi Parlimen dan 19 kerusi DUN yang ditandingi. Banyak pemimpin mereka kalah seperti Presiden di Sungai Siput,Timbalan Presiden di Hulu Selangor dan Naib Presiden, Sothinathan di Teluk Kemang. Ini semua kerana UMNO yang menyebabkan MIC kalah teruk. Bahkan paling hina, UMNO sanggup malukan Timbalan Presiden mereka apabila tak setuju dengan calon MIC yang ditetapkan oleh MIC sendiri dalam prk hulu selangor.
DUN KEDAH TAK JADI BUBAR
by sangklibot on Nov.22, 2009, under
ANGAN-ANGAN UBN untuk menyaksikan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah bagi membolehkan pilihan raya diadakan tidak kecapaian. Manakala buat sementara waktu Kerajaan Pakatan Kedah dibawah pimpinan Azizan Abdul Razak, boleh menari nafas lega buat seketika. Semua ini ekoran himpunan yang melibatkan semua Ahli Dewan Undangan Kedan dari Pakatan Rakyat yang diadakan malam di kompleks Pas Kedah Kota Sarang Semut malam tadi berjaya.
Semua wakil rakyat terutamanya mereka yang dikaitkan akan berpaling tadah hadir pada malam tersebut. Mereka ialah tiga anggota Exco, dua dari PKR dan satu dari DAP. Seorang Ecco dari DAP ialah Adun Kota Darulaman, Lee Guan Aik, manakala dua anggota Exco dari PKR ialah Adun Bukit Selambau, S Manikumar a/l Subramanian dan Adun Sidam, Tan Chow Kang.
Begitu juga Adun Kulim yang juga dispekulasikan akan meninggalkan PKR, Lim So Nee juga turut sama hadir. Kesemua mereka dilaporkan berucap pada majlis itu dan menyatakan kesetiaan bersama Pakatan Rakyat.
Ekoran suksesnya majlis penerangan dan penjelasan malam semalam berita liar yang sengaja dibawa oleh pihak UBN akan berakhir. Dalam hal ini orang yang merasa lega ialah Azizan Razak. Walaupun sebelum ini beliau berkali-kali menjelaskan bahawa keadaan kerajaan Kedah stabil namun ia tidak mudah untuk dipercayai.
Pihak UBN terus menyerang dan membuat provokasi sehingga ia tidak menyenangkan rakyat Kedah. Walaupun semua pihak membaut pengakuan apa yang didakwakan itu sebagai bohong tetapi hasil perang saraf yang tersusun menyebabkan ia menjadi tanda tanya. Kejayaan pyswar UBN itu juag disebabkan kelemahan pihak Pakatan Rakyat dalam memberi penjelasan kepada rakyat. Ada ketikanya pihak Pakatan Rakyat tanpa disedari menuruti gendang yang dipalu oleh musuhnya.
Kemuncak kepada desas desus itu apabila beberapa orang yang kecewa dalam Pas dan termakan dengan pujuk rayu pihak Umno telah mengistyharkan diri menyertai parti itu beberapa minggu lalu.
Dengan penampilan semua Adun Pakatan Rakyat malam tadi juga diharap ia akan mengisanfkan UBN daripada terus mengadu domba bagi menimbulkan masalah kepada kerajaan Pakatan Kedah. UBN yang kononnya sebuah parti yang menyanjungi tinggi demokrasi hendaklah menerima hakikat bahawa mereka telah ditolak rakyat pada pilihan raya lalu.
Provokasi melampau dan usaha untuk merogol demokrasi dan menafikan mandat rakyat ia tidak membawa kebaikan kepada parti itu sebaliknya akan dilihat rakyat yang celik sebagai kejahatan yang berterusan. Ada baiknya bagi UBN Kedah daripada mereka berusaha untuk menumbangkan kerajaan kedah diluar edah pilihanraya, lebih afdal kalau mereka berkerja untuk mengukuhkan kedudukan dalaman parti itu.
BN & UMNOapco, YA kepada JUDI = YAHUDI
by sangklibot on Nov.22, 2009, under
Umno-Barisan Nasional mahu menerapkan amalan serta aktiviti judi sebagai sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia tanpa menghiraukan kesan ke atas umat Islam dan rakyat negara ini.
Ahli Majlis Pimpinan KEAILAN Pusat, Dr Badrulamin Bahron yang ditemui pada program pidato untuk rakyat di Dewan kampung Belimbing Kuala Selangor menegaskan kejahilan Umno dalam soal agama semakin terserlah sekarang.
"Saya melihat kejahilan Umno dalam soal agama sudah semakin terserlah sekarang daripada hal kes qazaf hingga sekarang pasal kelulusan lesen judi pula, mana ustaz dalam Umno yang selama ini bersuara lantang pasal isu Allah tetapi bila bab lesen judi yang diluluskan oleh ketua mereka tidak ada seorang pun yang bersuara.
"Kita memandang serius kelulusan lesen tersebut kerana ini akan menyebabkan masalah sosial negara ini terus meningkat selain yang paling utama ia bertentangan dengan hukum agama yang mengharamkan judi.
"Umno telah menghalalkan yang haram, ini sudah jelas Allah mengharamkan judi dikalangan umatNya apatah lagi meluluskan lesen tersebut. Kalau begini sikap pemimpin yang tidak kenal halal dan haram, negara ini tidak akan mendapat keberkatan untuk selama-lamanya," tegasnya.
Beliau juga mahukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan segera kerana rakyat akan terus bangkit untuk menentang sesuatu yang haram tetapi di halalkan Umno.
"Saya mendesak Najib untuk membatalkan terus kelulusan yang telah diberikan itu dengan segera, perasaan seluruh umat Islam dan juga kaum lain perlu dijaga sepenuhnya bukannya menjaga kroni untuk kepentingan sendiri.
"Najib kena ingat rakyat akan terus bangkit untuk mendesak kerajaan batalkan lesen judu tersebut, rakyat tidak mahu negara ini berada dalam keadaan yang tidak mendapat keberkatan.
"Saya juga kesal kerana yang bersuara membantah kelulusan tersebut hanya dari Pakatan Rakyat dan juga rakyat tetapi dari pihak Barisan Nasional mahupun Umno termasuk ustaz mereka tidak bersuara langsung. Najib kena ingat sikap berdiam yang beliau lakukan sekarang akan membuat rakyat menghukum mereka pada pilihan raya nanti," kata beliau ketika ditemui pada majlis penerangan di Dewan Kg Belimbing, Kuala Selangor Khamis lalu.
MUGILAN MIC UNTUK JATUHKAN SAMY VELU.
by sangklibot on Nov.22, 2009, under

Bekas timbalan ketua pemuda MIC V Mugilan - yang baru dipecat - hari ini melancarkan gerakan besar-besaran, dinamakan GAS atau Gerakan Anti-Samy Vellu bagi menjatuhkan presidennya.
Menurut Mugilan, beliau akan memimpin perhimpunan melawan Samy Velly di Kuala Lumpur pada 30 Mei ini, kemudian diikuti di negeri-negeri lain.
Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya, Mugilan terus mengkritik kepimpinan Samy Velly yang didakwanya puca kegalan MIC dan masyarakat India.
Beliau menjangkakan 7,000 orang akan menyertai perhimpunan pada minggu depan itu, "termasuk beberapa pemimpin kanan MIC yang telah dipecat Samy".
"Kita pernah guna kayu api, hari ini kita guna gas.
"Tetapi kalau ada orang yang ketinggalan zaman mahu gunakan kayu api, saya tidak tahu hendak kata apa," katanya disambut gelak-ketawa pemberita yang hadir.
TIME :
SENYUM KATAK
1 biG MaMa
WOOF !!
Followers
bersama DSAI

